MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 12 negeri
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka berlaku dan berlarutan hingga 4 petang Rabu di 12 negeri.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.50 tengah hari Rabu memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Langkawi, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.