KUCHING - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berharap peratusan keluar mengundi di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN), yang diadakan pada 18 Disember tahun lepas.
Pengarah SPR Negeri, Abang Noraffian Abang Ibrahim tanpa menyatakan sasaran peratusan tersebut, menyeru agar semua penduduk Sarawak yang layak mengundi, agar melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi PRU15 yang ditetapkan pada 19 November ini.