Pekebun cedera terkena peluru sesat
Iklan
Pasukan forensik sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian.
JASIN - Lelaki warga emas cedera di perut dan lutut kiri dipercayai angkara terkena tembakan peluru penabur milik pemburu ketika sedang berkebun di Kampung On Lok, Batang Melaka di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang berusia 64 tahun dikatakan sedang bersama isteri dan anak perempuannya mengusahakan tanaman pokok cili padi serta pokok pisang.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, sekeluarga yang beralamat di Tangkak, Johor itu kemudiannya berpecah dan melakukan kerja masing-masing sebelum mangsa tiba-tiba terkena tembakan.
"Mangsa tiba-tiba terdengar satu das bunyi tembakan sebelum mendapati dia mengalami rasa sakit akibat kecederaan pada bahagian perut dan lutut.
Iklan
"Mangsa kemudiannya menjerit sebaik terlihat dua lelaki bermotosikal tidak dikenali melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arshad berkata, mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Selandar dan doktor berjaya mengeluarkan sebutir anak peluru penabur berukuran 0.4 sentimeter di bahagian lutut kiri manakala anak peluru di bahagian perut dipercayai telah terjatuh dilokasi kejadian.
Iklan
"Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka kecil di bahagian kiri perut dan lutut kiri akibat terkena anak peluru.
"Siasatan awal dilakukan oleh pasukan forensik di lokasi kejadian mendapati suspek dipercayai sedang memburu ayam hutan dan melepaskan tembakan di kawasan belukar atau kebun sawit terbiar berhampiran," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan melakukan semakan pemilik lesen senjata api bagi mengesan pemiliknya selain kes disiasat mengikut Seksyen 39(a) Akta Senjata 1960.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>