Lelaki terlibat gaduh kes curi baja direman seminggu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

IPOH - Lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan berkaitan kes curi baja hingga menyebabkan kematian di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Parit Buntar direman seminggu bermula pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, permohonan itu dibuat bagi memboleh siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Media melaporkan suspek berusia 40 tahun itu ditahan di rumahnya selepas terlibat dalam pergaduhan dengan mangsa berusia 47 tahun pada Isnin.

Siasatan polis mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan mangsa menuduh suspek mencuri baja miliknya.

Iklan
Iklan

Suspek yang bekerja sendiri itu positif dadah jenis methamphetamine selain memiliki enam rekod jenayah lampau dalam kes jenayah dan dadah.