Senarai calon Pas Sabah sudah diluluskan Majlis Syura

Iklan
Dr Aliakbar Gulasan

KOTA KINABALU - Senarai calon yang dikemukakan Pas Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama Pas, kata Setiausaha Pas Sabah, Dr Aliakbar Gulasan.

Beliau bagaimanapun berkata, senarai kawasan Parlimen yang disasarkan masih dalam rundingan dan belum ditentukan lagi.

Iklan
Iklan

"Kita yakin ada kerusi-kerusi yang boleh menang dan gerak kerja Pas sudah turun kepada masyarakat.

"Setiap kawasan dikehendaki menghantar tiga nama sebagai calon dan senarai kawasan masih dalam perundingan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Aliakbar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik di Sabah berkata, Pas Sabah kini telah bersiap siaga bagi menghadapi PRU15.

"Gerak kerja Pas telah dijalankan dalam pelbagai aspek bagi menyantuni rakyat antaranya program-program kebajikan, pendidikan, kemasyarakatan dan dakwah dalam institusi kelompok masyarakat.

Iklan

"Jentera pilihan raya di semua peringkat telah digerakkan dan bilik operasi juga telah digerakkan sepenuhnya. Jentera parti kini sudah bersedia untuk menghadapi PRU15," katanya.

Sebelum itu, pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) Sabah 2020, Pas Sabah tidak bertanding dan membantu calon Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) yang bertanding sekali gus bersama dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bagaimanapun, pada PRU15 kali ini Pas Sabah menyatakan hasrat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi termasuk di Parlimen Sepanggar.