BN Perlis tetap perlu kerja keras untuk menang PRU15
Iklan
Kejayaan BN Perlis pada PRU14 lalu tidak meletakkan gabungan politik itu dalam keadaan selesa.
KANGAR - [DIKEMAS KINI] Kejayaan Perlis menawan 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta dua daripada tiga Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak meletakkan gabungan politik itu dalam keadaan selesa.
Setiausaha Perhubungan BN negeri Azizan Sulaiman berkata sebaliknya BN perlu terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan pada PRU15, 19 Nov nanti.
Iklan
Iklan
Mengakui landskap politik hari ini kian rumit malah cabaran pilihan raya kali ini yang berkemungkinan bakal menyaksikan pertembungan lebih tiga penjuru di kebanyakan kerusi, beliau berkata berikutan itu, anggota parti dituntut supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah kerana tindakan sebaliknya hanya akan melemahkan parti.
"Walaupun gabungan pembangkang tidak mempunyai asas kukuh di Perlis, BN tidak memandang remeh perkara ini dan bersiap siaga untuk menghadapi musuh yang bercita-cita untuk menawan negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Iklan
Sementara itu, Azizan yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perlis turut menafikan dakwaan wujudnya dua kem di dalam BN negeri membabitkan penyokong Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan penyokong Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
"Kita bergerak sebagai sebuah keluarga dan semua wakil rakyat memberi kerjasama serta akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan itu.
Pada PRU14, BN menang di Parlimen Padang Besar dan Arau serta 10 DUN iaitu Bintong, Kayang, Tambun Tulang, Simpang Empat, Pauh, Mata Ayer, Chuping, Santan, Beseri dan Titi Tinggi.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lepas menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRU15 adalah pada 5 Nov, hari mengundi pada 19 Nov manakala hari pengundian awal pada 15 November. - Bernama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>