KPDNHEP pantau jualan jersi tiruan menjelang Piala Dunia

Iklan
Mohd Zuhairi

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap penjualan jersi tiruan menjelang Piala Dunia 2022 di Qatar pada 20 November ini.

Pengarahnya, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, tindakan tegas di bawah Akta Cap Dagangan 2019 akan dikenakan kepada individu atau syarikat yang didapati menjual jersi tiruan.

Iklan
Iklan

"Sudah menjadi trend banyak penjualan jersi tiruan menjelang kejuaraan Piala Dunia.

"Tahun ini kami bekerjasama rapat dengan wakil jenama dan pemilik hak cipta terbabit dengan berkongsi data berkaitan hakcipta," katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan harga barang di sebuah pasar raya di sini pada Jumaat.

Iklan

Mohd Zuhairi berkata, menerusi kerjasama berkenaan, tindakan penguatkuasaan pantas dapat diambil pihaknya sejurus menerima laporan

"Kebanyakannya beroperasi di lokasi premis terbuka contohnya di pasar lewat malam dan yang menjadi tumpuan golongan muda.

Iklan

"Kadar pemeriksaan akan dipertingkatkan dan pemantauan dilaksanakan berterusan menjelang kejuaraan berkenaan," katanya.