Gempa bumi magnitud 5.1 melanda Wilayah Fukushima
Iklan
TOKYO - Gempa bumi dengan bacaan awal bermagnitud 5.1 melanda Wilayah Fukushima pada Jumaat, lapor Xinhua, memetik agensi kaji cuaca di sini.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran berlaku pada pukul 3:19 petang waktu tempatan (0619 GMT), berpusat di luar pesisir dengan pusat gempanya pada latitud 37.4 darjah utara dan longitud 141.3 timur.