Dua sahabat tekad jadi umat Islam terbaik

Iklan
Dua sahabat naiki motosikal ke pejabat Amal Wilayah luah hasrat mahu peluk Islam. - Foto Amal Wilayah

KUALA LUMPUR -"Kami nak jadi baik.” Itu luahan pasangan sahabat yang hadir ke pejabat Yayasan Amal Malaysia (Amal) Wilayah di sini beberapa hari lalu.

Tan Poh Soon, 51, dan sahabatnya Ding Yuet Ying, 62, sanggup datang bersama-sama dengan menaiki sebuah motosikal dari Cheras ke pejabat itu untuk menyatakan hasrat mereka mahu memeluk agama Islam.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Amal Wilayah, Mohd Khairul Azman Md Daud berkata, mereka sebelum ini sering datang ke Pusat Komuniti Warung Makan Sahabat (WMS) di sini untuk mendapatkan makanan.

"Kalau sekadar untuk bekerja, makan dan tidur serta melakukan perbuatan harian yang biasa dilakukan oleh makhluk lain, apa gunanya diberi akal dan fikiran, itu yang sentiasa bermain dalam fikiran mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurut Mohd Khairul Azman, sahabat karib tersebut telah memeluk Islam dan berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Mereka kini mengikuti kelas pendidikan agama yang dijalankan oleh Amal Wilayah melalui Rumah Didik Sahabat (RDS), Jawi dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim),” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, tenaga pengajar RDS, Jocelyn Cheng berkata, pengajian di RDS menggunakan bahasa Mandarin kerana semua pelajar adalah mualaf Cina yang diislamkan sejak dua tahun yang lalu.

"Penyampaian dalam bahasa Mandarin akan memberi lebih kefahaman kepada mereka.

"Isi pengajaran lebih tepat dapat disampaikan, sejajar dengan matlamat utama kami,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Amal Malaysia Cawangan Persekutuan Maybank 562263559172 atau hubungi Mohd Khairul Azman 019-634 2942.