PRU15: BN mampu ulangi kejayaan PRN Melaka, Johor

Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mampu ulangi kejayaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bukan suatu tugas mudah bagi parti tersebut kerana berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun berkat keyakinan, dokongan serta kesepakatan rakyat bersama kita mampu menjayakannya.

"Kita pernah melakukannya pada PRN Melaka dan Johor, InsyaAllah kita mampu mengulanginya untuk PRU15.

Iklan

"Bersama sepakat sehati sejiwa meyakini memilih BN. Kestabilan dan kemakmuran menjamin masa depan Malaysia,” katanya dalam menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Presiden UMNO itu berkata, BN mungkin tidak terlihat sempurna oleh sebilangan pihak namun gabungan politik itu tidak pernah terhenti berusaha untuk mencapai kesempurnaan.

Iklan

"Menjelang PRU15 mereka masih tiada hala tuju yang jelas untuk kepentingan rakyat dan negara.

"Satu-satunya yang hadir bersama mereka adalah faedah politik, kuasa, kroni, jawatan dan kedudukan,” ujarnya.