Meta semak kesahihan maklumat PRU melalui media sosial
Iklan
Meta bekerjasama dengan lebih 90 organisasi penyemak fakta pihak ketiga bagi mengenal pasti maklumat tidak tepat yang ditularkan dalam rangkaian platform media sosialnya.
SHAH ALAM - Meta Platform Incorporated (Meta) bekerjasama dengan lebih 90 organisasi penyemak fakta pihak ketiga bagi mengenal pasti maklumat tidak tepat yang ditularkan dalam rangkaian platform media sosialnya.
Ketua Politik dan Kerajaan bagi Meta di rantau Asia, Roy Tan berkata, semakan fakta melibatkan lebih 60 bahasa itu akan menilai maklumat berkenaan pilihan raya umum yang dimuat naik di laman Facebook, Instagram dan WhatsApps.
Iklan
Iklan
Beliau menjelaskan, inisiatif tersebut dilakukan bagi memastikan akauntabiliti dan ketelusan di samping memerangi penyebaran maklumat tidak tepat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Malaysia.
"Penyemak fakta pihak ketiga akan mengenal pasti maklumat tidak benar menerusi penilaian tersendiri dan Meta seterusnya akan memaparkan potensi maklumat berkenaan kepada rakan kongsi lain menggunakan isyarat.
Iklan
"Seterusnya mereka akan menyemak dan menilai kandungan tersebut sebelum memadam maklumat tidak tepat menggunakan label amaran,” katanya dalam sesi taklimat bersama wakil media pada Khamis.
Roy Tan
Dalam pada itu Roy memaklumkan, Meta turut meningkatkan ketelusan bagi iklan politik di platform media sosialnya seperti mengesahkan identiti dan lokasi pihak yang membayar iklan selain mencipta perpustakaan iklan yang boleh diakses secara umum.
Iklan
"Jika seseorang ingin menyiarkan iklan politik, mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dengan memberikan maklumat mengenai organisasi dan siapa yang membayar iklan berkenaan.
"Kami juga ada perpustakaan iklan yang membolehkan wartawan, penyelidik atau orang awam melihat siapa di sebalik iklan ini di Facebook dan Instagram, (akses) perbelanjaan iklan dan demografi secara kasar yang disasarkan oleh iklan ini.
"Ketelusan iklan merupakan antara perkara penting dalam integriti selain memastikan pengiklan dan Meta sendiri sebagai sebuah syarikat yang lebih bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu mengenai penyebaran maklumat PRU15 yang tidak benar di laman sosial Facebook, Roy memberi jaminan akaun terlibat akan dipadam ekoran mampu mempengaruhi keupayaan masyarakat untuk mengundi.
"Maklumat tidak benar mengenai tarikh, lokasi, masa, kaedah mengundi, pendaftaran pengundi atau kiraan undi (dipadam).
"Dakwaan-dakwaan palsu mengenai orang ramai akan dijangkiti Covid-19 sekiranya terlibat dengan pengundian dan sebagainya juga akan dipadam dari Facebook,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>