PRU15: Jelajah Pemuda BN bermula Selasa depan
Iklan
Asyraf Wajdi
KUALA LUMPUR - Pemuda BN akan menjelajah ke semua negeri melalui program Jelajah Pemuda BN bermula Selasa depan bagi menjelaskan polisi dan dasar BN berkaitan kestabilan serta kemakmuran rakyat.
Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jelajah itu akan melibatkan dan menampilkan pemimpin-pemimpin muda BN untuk menyuarakan aspirasi anak muda serta aspirasi Malaysia yang anak muda inginkan.
Asyraf Wajdi berkata, mesyuarat itu turut memutuskan supaya Pemuda BN di Semenanjung Malaysia menggerakkan semua jentera mereka di peringkat akar umbi secara bersama melibatkan UMNO, MCA dan MIC untuk berada di barisan hadapan bagi berdepan kemungkinan bencana banjir.
"Kita sudahpun bersetuju untuk memastikan jentera Pemuda Barisan Nasional mesti difokuskan bukan sekadar untuk berkempen tetapi untuk membantu rakyat dalam apa juga keadaan,” katanya.
Asyraf Wajdi berkata, beliau amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan Pemuda BN di semua 191 Parlimen yang bakal ditandingi oleh calon-calon BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November.
Ditanya mengenai agihan kerusi sebagai calon melibatkan Pemuda BN bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Asyraf Wajdi berkata, pihaknya masih belum mendapat maklumat berhubung perkara itu, namun senarai calon telahpun diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>