TMJ berhak kritik kerajaan: Tun M

Iklan
Tun Dr Mahathir - Foto Bernama

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Kerajaan PH menganggap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai rakyat Malaysia yang bebas mengkritik kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau terbuka menerima kritikan selagi ia tidak melanggar undang-undang.

Iklan
Iklan

"Beliau boleh cakap seperti orang biasa, boleh kritik kerajaan, asalkan tak melanggar undang-undang. Kalau buat kenyataan yang boleh dianggap menghasut, kita akan ambil tindakan.

"Beliau tidak mengatasi undang-undang, dan faktanya, tiada sesiapa di Malaysia yang mengatasi undang-undang,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tunku Ismail yang lantang mengkritik kerajaan PH.