Bensaleh presiden sementara Algeria
Iklan
ALGIERS - ALGERIA. Parlimen Algeria menamakan Abdelkader Bensaleh, ketua Majlis Negara (dewan negara di Parlimen) sebagai presiden sementara menggantikan Abdelaziz Bouteflika, yang meletak jawatan minggu lepas, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Perkara itu diumumkan semasa sesi bersama dewan rakyat dan dewan negara di parlimen untuk mengaktifkan Perkara 102 Perlembagaan Algeria.