MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nesat

Iklan
Ribut tropika Nesat membawa kelajuan angin maksimum 83km sejam itu berada kira-kira 1,369km ke barat laut Kudat, Sabah. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Nesat dikesan pada Rabu yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 5 petang Rabu, ribut tropika itu dikesan pada kedudukan latitud 17.1 darjah Utara dan longitud 109.8 darjah Timur kira-kira 159 kilometer (km) ke barat daya Hainan, China.

Iklan
Iklan

Ribut itu yang membawa kelajuan angin maksimum 83km sejam itu juga berada kira-kira 1,369km ke barat laut Kudat, Sabah.

Sementara itu, pada 7.45 malam MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hingga 11 malam Rabu.

Iklan

Antara negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah. - Bernama

Iklan