Palace bangkit tewaskan Wolves

Iklan
Zaha meraikan jaringannya ketika bantu Palce tewaskan Wolves di laman sendiri, awal pagi Khamis.

PENGENDALI Crystal Palace, Patrick Viera memuji kebangkitan dipamerkan anak buahnya ketika menang 2-1 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Khamis.

Menurut Viera, meskipun dia kecewa dengan aksi ditampilkan pasukannya pada separuh masa pertama, namun pemain berjaya bangkit dengan sikap dan aksi yang lebih baik untuk memenangi perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya kecewa pada separuh masa kerana ketinggalan 1-0 dan kami agak statik.

"Kami mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol dan penting untuk membina prestasi ini. Cabaran terbesar adalah untuk terus konsisten dan bekerjasama dengan pemain," katanya.

Iklan

Pada aksi berlangsung di Selhurst Park, Wolves terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Adama Traore yang menanduk masuk hantaran lintang Hugo Bueno untuk gol kelima Wolves selepas 11 aksi liga musim ini.

Bagaimanapun, Palace bangkit daripada ketinggalan apabila Eberechi Eze berjaya menyamakan kedudukan selepas berjaya menyempurnakan hantaran lintang, Michael Olise.

Iklan

Zaha melengkapkan kebangkitan Palace selepas mengutip hantaran Odsonne Edouard dan menewaskan Jose Sa ketika permainan berbaki 20 minit.

Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Patrick Vieira ke tangga ke-10 liga.