Tiada calon PM daripada Pas

Iklan
Mardhiyyah

SHAH ALAM- Pas tidak mencalonkan mana-mana pimpinan daripada parti itu sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, Mardhiyyah Johari berkata, ia kerana parti tersebut lebih menekankan tentang agenda perjuangan Islam dan kesejahteraan rakyat buat masa kini.

Iklan
Iklan

"Pas telah menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Pas juga telah menaikkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri juga sebelum ini, tetapi Pas tidak pernah meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

"Kalau jawatan Timbalan Perdana Menteri pun kita tidak minta, apatah lagi jawatan Perdana Menteri,” katanya dalam program Wacana Sinar Edisi ke-370 bertajuk ‘Demi Rakyat atau Kuasa' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Program dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Siti Aishah Shaik Ismail sebagai panelis.

Mengulas mengenai kerjasama Pas dan UMNO, Mardhiyyah berkata, pertembungan antara Pas dan UMNO sememangnya satu perkara yang perlu ditamatkan.

Iklan

Namun ujar beliau, meskipun Pas akhirnya memilih untuk bersama Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15, perpisahan kerjasama antara UMNO dan Pas telah diucapkan UMNO sebelum pembubaran Parlimen lagi.

"Pas melihat kesatuan umat Islam melangkaui penyatuan politik Pas dan UMNO sebab itu kita libatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) islam.

"Pas memilih bersama PN kerana bagi saya UMNO menyempit kesatuan umat Islam itu hanya pada parti politik Pas dan UMNO sedangkan Pas melihat lebih daripada itu," katanya.