Cikgu Fadli bebas pertuduhan, tiada tindakan tatatertib
Iklan
Lembaga Tatatertib KPM dikatakan membuat keputusan bahawa guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib berhubung kontroversi yang sedang melanda. - Foto: Sumber internet.
SHAH ALAM - Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikatakan membuat keputusan bahawa guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib berhubung kontroversi yang sedang melanda.
Perkara itu dinyatakan dalam surat yang tular di media sosial pada Selasa.
Iklan
Iklan
Surat tersebut menyatakan, lembaga itu membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya pada Isnin dan telah menimbang dengan teliti surat pertuduhan ke atas Mohd Fadli dan representasi bertulis yang dihantar guru berkenaan.
Tiga pertuduhan kes diputuskan tidak bersalah dan dibebaskan daripada tindakan tatatertib.
Iklan
Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.
Berdasarkan surat yang diterima daripada Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan KPM sebelum ini, beliau diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.
Iklan
Dalam pada itu, Mohd Fadli yang mesra dengan panggilan Cikgu Fadli menyatakan bakal berkongsi keputusan Lembaga Tatatertib KPM malam ini, menerusi Facebooknya.
"Keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib KPM sudah keluar. Malam ini saya akan kongsikan. Berdebar macam tunggu keputusan pilihan raya pula,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>