Bukan rumah saya: Streram

Iklan
Streram menunjukkan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa beliau ada rumah di Klang yang bernilai hampir RM8 juta ketika program walkbout di Taman Angsamas, hari ini. - Foto: ADAM AMIR HAMZAH

SEREMBAN - Selepas tular gambar rumah mewah berkonsepkan Minangkabau yang didakwa milik calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini tular gambar rumah mewah dilengkapi kolam renang yang didakwa milik calon PH, Dr S Streram.

Streram bagaimanapun tampil menafikan mengenai penyebaran gambar palsu di laman sosial bahawa kediaman itu miliknya.

Iklan
Iklan

"Saya hendak beritahu bahawa gambar yang tular di laman sosial adalah palsu. Bukan rumah saya.

"Rumah saya tidak ada kolam renang. Saya adalah orang biasa dan tidak menjadi Menteri Besar selama 15 tahun," katanya pada sidang media ketika membuat tinjauan mesra di Taman Angsamas di sini, hari ini.

Iklan

Menurut Streram, beliau tidak menolak kemungkinan penyebaran gambar palsu itu ada kaitan dengan penyebaran gambar rumah yang didakwa milik Mohamad.

"Saya telah meminta pembantu saya membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dilakukan," katanya.

Iklan

Katanya, beliau menyedari kempen menyerang peribadi menjadi 'senjata' minggu akhir kempen menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Terdahulu, Streram semalam, meminta penjelasan Mohamad mengenai sebuah rumah banglo dengan rekaan Minangkabau yang dikatakan milik bekas Menteri Besar itu di Seremban 2.

Gambar rumah itu mula tersebar di media sosial selepas Mohamad membuat pengakuan beliau tidak mempunyai rumah di Seremban.

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya bukan tak ada duit beli rumah: Tok Mat

Tok Mat enggan layan isu rumah RM6 juta