Rusa bertanduk besar serbu pelancong
Iklan
Seekor rusa jantan menyerbu seorag pelancong lelaki di Estes Park, Colorado baru-baru ini. Foto Storyful
DENVER – Seekor rusa jantan besar yang mempunyai tanduk bersaiz besar dilihat menyerbu ke arah seorang lelaki yang merakamkan gambar haiwan itu di Estes Park, Colorado baru-baru ini.
Megan Foster merakamkan video yang menunjukkan rusa itu berjalan ke arah sekumpulan pelancong sebelum melihat seorang lelaki lain membuat bising untuk mendapatkan tindak balas daripada haiwan tersebut.