[VIDEO] 'Prestasi Selangor meningkat selepas Azmin tak jadi MB'

Iklan
Amirudin Shari

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa prestasi negeri itu merosot di bawah pentadbirannya.

Amirudin berkata, sejak Mohamed Azmin meninggalkan Selangor, prestasi ekonomi negeri itu terus menunjukkan peningkatan baik.

Iklan
Iklan

"Sumbangan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Selangor kepada Malaysia meningkat, malah program kebajikan kepada rakyat juga bertambah," katanya dalam satu kenyataan di Twitter beliau pada Isnin.

Amirudin memberitahu, Selangor makmur bukan hasil kejayaan seorang individu sahaja tatapi usaha berpasukan.

Iklan

Sehubungan itu katanya, Mohamed Azmin diingatkan jangan 'perasan' dan tidak 'syok sendiri' dengan kenyataan dikeluarkan.

Sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor mendakwa prestasi negeri itu merosot selepas dia meninggalkan Pejabat Menteri Besar pada 2018.

Iklan