KANGAR - Seramai 16 orang penduduk melibatkan empat buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di surau Kampung Teluk, di sini malam ini selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 8.30 malam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira 10 malam.