PRU15: Senarai calon Pas selesai sebelum mesyuarat SPR

Iklan
Takiyuddin (dua dari kiri) semasa merasmikan Majlis Perasmian Karnival KeTSA @ Kota Bharu Prihatin anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan berlangsung di Dataran Platinum Mall, Lembah Sireh, Kota Bharu pada Jumaat.

KOTA BHARU - Senarai calon yang mewakili Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dimuktamadkan sepenuhnya sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat untuk proses pengundian.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, ketika ini pucuk pimpinan parti sedang meneliti senarai calon yang akan diketengahkan pada PRU15 nanti.

Iklan
Iklan

"Kita sedang bincangkan dan akan memuktamadkan senarai tersebut. Dalam Pas kita tidak mempunyai masalah dalam soal pemilihan calon (berebut)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Majlis Perasmian Karnival KeTSA @ Kota Bharu Prihatin anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan berlangsung di Dataran Platinum Mall, Lembah Sireh di sini, pada Jumaat.

Iklan

Menurut beliau, kebanyakan pemimpin Pas kebiasaannya berebut untuk tidak menjadi calon berbanding dipilih sebagai calon.

"Perlu tunggu sehingga keputusan dibuat sama ada terdapat kejutan atau tidak," ujar beliau.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, Pas akan terus berusaha untuk merealisasikan penyatuan ummah.

"Hari penamaan calon adalah penentu satu-satu parti politik itu berada dalam gabungan mana dan sebagainya.

"Jadi saya rasa ia belum lagi berakhir kerana parti-parti politik masih boleh membentuk gabungan masing-masing," katanya.