BN pilih terus bergerak solo

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - BN memilih terus bergerak solo susulan keputusan Pas untuk mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga kekal dengan imej yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat berbilang kaum dan agama dalam negara.

Iklan
Iklan

"Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

"Dengan keputusan ini, UMNO bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan Khamis telah membuat ketetapan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU15.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu turut mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

Iklan