Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori

Iklan
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer (KM) 15 jalan Bentong ke Raub pada Rabu.

BENTONG - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer (KM) 15 jalan Bentong ke Raub pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari, mangsa, Shamsuddin Zulkefli, 54, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun dari arah Raub menghala ke Kuala Lumpur.

"Kira-kira 30 minit kemudian ketika lori itu dibaiki, tiba-tiba terdengar sebuah dentuman dan mendapati sebuah motosikal telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori terbabit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan