Tanah runtuh di Venezuela, sekurang-kurangnya 43 maut

Iklan
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro (tengah) melawat kawasan terjejas semasa pembersihan dan pencarian mayat di Tejerias, Venezuela pada Isnin lalu.

BANDARAYA MEXICO - Timbalan Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez pada Selasa berkata, kejadian tanah runtuh dan hujan lebat yang melanda bandar Las Tejerias, Aragua telah mengorbankan 43 orang dan angka kematian dikhuatiri terus meningkat.

Rodriguez mengumumkan perkara berkenaan semasa bersiaran langsung dari lokasi itu, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Taklimat itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Nicholas Maduro mendedahkan bahawa 39 orang disahkan terkorban manakala 56 masih hilang.

"Kami menjangkakan angka korban hampir 100 orang dalam tragedi ini,” kata Rodriguez.

Iklan

Pihak berkuasa memaklumkan bekalan air bersih serta 300 tan makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Rodriguez juga memaklumkan bahawa 95 peratus daripada grid kuasa dan lapan daripada 19 telaga air berjaya dipulihkan. - Bernama

Iklan