Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Iklan
Penduduk daerah Klang disarankan berwaspada dengan fenomena air pasang besar dan Monsun Timur Laut.
SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor bersiap siaga sebarang kemungkinan sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor sehingga Khamis ini.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya akan memastikan pemantauan di sebelah pagi dan petang dibuat terutamanya di beberapa lokasi titik panas sepanjang fenomena air pasang tersebut.
Iklan
Iklan
"Antara lokasi titik panas yang dikenal pasti adalah Pelabuhan Klang, Kuala Selangor, Sungai Pinang, Teluk Panglima Garang, Sungai Besar, Sekinchan dan Kapar,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Norazam turut menasihat orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan paras kenaikan air dan mengikut arahan pasukan penyelamat.
Iklan
"Jika ada arahan untuk berpindah, mohon penduduk untuk mengikut nasihat pasukan penyelamat,” katanya.
Sementara itu, mengulas kejadian ban pecah di Tanjong Karang awal pagi tadi, beliau berkata ban tersebut telah siap dibaiki oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran Selangor.
Iklan
Pada Ahad lepas, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam perkongsian melalui Facebook memaklumkan bahawa Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar berlaku pada 8 hingga 13 Oktober ini di beberapa kawasan iaitu Kuala Muda, Kedah; Bagan Datuk, Perak; Pelabuhan Klang, Selangor; serta Batu Pahat dan Pontian di Johor. - Bernama. - Bernama.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'"><meta itemprop="description" content="'Selangor tutup kaedah penternakan babi tradisional cemar sungai, alam sekitar'
Kerajaan Selangor mengambil langkah awal untuk menamatkan sepenuhnya kaedah penternakan babi secara tradisional di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang terbukti mencetuskan pencemaran, sebelum beralih kepada konsep penternakan moden yang diusahakan oleh pihak swasta.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pendekatan itu selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu pencemaran akibat aktiviti penternakan di Tanjung Sepat, Kuala Langat ditangani segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763821/edisi/selangor-kl/selangor-tutup-kaedah-penternakan-babi-tradisional-cemar-sungai-alam-sekitar---amirudin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #Selangor #PenternakanBabi #Pencemaran #AlamSekitar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-13T05:08:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZpVlE1fPTDEv6vuuR/x120"><meta itemprop="duration" content="P141S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9xn4jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9xn4jy"></script>