Saarani kekal DUN, tolak Parlimen
Iklan
Saarani (dua dari kiri) ketika melawat gerai usahawan sempena Program Mesra Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin di sini pada Selasa.
BAGAN SERAI - Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menolak kemungkinan bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Keputusan itu sekaligus membayangkan beliau kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkemungkinan kembali menjadi Menteri Besar Perak.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sekiranya BN kekal menerajui Perak, pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang dirancang ketika ini dapat diteruskan.
"Saya menteri besar yang rancang. Saya komited dalam melaksanakan apa yang saya nak rancang. Sebab itu saya bagitahu rakyat Perak, beri peluang saya meneruskan rancangan saya buat ini," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato' Alaudin di sini pada Selasa.
Iklan
Dalam pada itu, kenyataan berkenaan sekaligus menafikan desas-desus mengatakan Saarani akan bertanding di Parlimen Larut.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu, calon BN bagi kerusi Parlimen Larut akan dipilih dalam kalangan anak tempatan.
Iklan
Sementara itu, beliau menjelaskan beberapa penyandang kerusi sedia ada di Perak tersenarai sebagai antara calon yang akan dipilih.
Malah katanya, terdapat juga penyandang yang sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU15.
Bagaimanapun jelasnya, semua keputusan tersebut tetap bergantung kepada pucuk pimpinan parti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>