Gabungan tamak kuasa sesuai pada yang enggan bubar DUN
Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama
SHAH ALAM - Gabungan politik tamak kuasa adalah sesuai kepada yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai mereka agar terus kekal mempertahankan kuasa.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Pakatan Harapan (PH) enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan.
Iklan
Iklan
Ujar beliau, mereka sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan kerana khuatir akan kehilangan kuasa.
"Alasan risiko banjir besar juga sudah tidak lagi relevan sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung sebelum pertengahan November depan," katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Isnin.
Iklan
Pada Rabu, media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendakwa bahawa UMNO harus dipersalahkan atas kos tambahan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan dengan PRU15.
Anthony berkata, PH tidak boleh dipersalahkan kerana telah pun mengumumkan bahawa Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor tidak akan membubarkan DUN.
Iklan
Dalam pada itu, ulas Ahmad Zahid, rakyat perlu menolak gabungan tamak kuasa tersebut yang jelas tidak peduli masa depan rakyat dan negara kecuali kepentingan politik mereka.
Menurutnya, naratif sedang dipropagandakan oleh musuh ketika ini adalah BN tamak kuasa apabila PRU15 diadakan.
"'Dalil' baharu yang bertujuan mencipta persepsi jahat terhadap BN itu terpesong jauh daripada kebenaran mengenai tujuan sesebuah pilihan raya.
"PRU15 bukan 'upacara' menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada BN tanpa ada pertandingan, sebaliknya sebuah proses undian rakyat yang menentukan.
"Justeru, di manakah yang dikatakan BN tamak kuasa sedangkan yang berlaku pada PRU15 adalah rakyat diberi mandat dan kuasa sepenuhnya untuk menentukan masa depan negara," ujarnya,
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>