Enam termasuk wanita ditahan edar dadah

Iklan
Dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah unit kondominium pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya merampas sebanyak 1,067.3 gram dadah jenis methamphetamine dan 6.7 gram kanabis dianggarkan bernilai RM42,720 dalam serbuan pada jam 4.10 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis turut menyita wang tunai sebanyak RM3,000 dipercayai hasil dari jualan dadah tersebut.

"Kesemua suspek yang ditahan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Noor Dellhan berkata, saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya.

Iklan