Kekecewaan Agong, PM paling layak jawab
Iklan
Laporan Sinar Harian. Mohamed Khaled (gambar kiri).
KUALA LUMPUR - Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob layak menjawab mengenai kekecewaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu kemungkinan akan dijelaskan dalam tempoh beberapa hari.
Iklan
Iklan
"Semasa mesyuarat Biro Politik tadi, Ismail Sabri ada sebut sewaktu kami tanya apa maksud kekecewaan Yang di-Pertuan Agong.
"Maka, Ismail Sabri adalah ‘best person’ untuk jawab kekecewaan itu apa,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Isnin.
Iklan
Kenyataan Istana Negara pada Isnin menyebut Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa dan Seri Paduka Baginda tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.
Antara lain, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh terdekat mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan November 2022.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>