1,445 kes baharu Covid-19, dua kematian
Iklan
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 1,445 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan lapan daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan satu daripadanya adalah kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).