Hari yang dinanti, bubar atau tidak?

Iklan
Foto hiasan

KETIKA pembentangan Bajet 2023 masih mendapat perhatian pelbagai pihak, hari ini sekali lagi desas desus pembubaran Parlimen kembali rancak diperkatakan.

Manakan tidak, beberapa ahli politik sejak malam tadi dilihat 'bagi hint' menerusi kenyataan masing-masing bahawa pembubaran tersebut seakan menjadi kenyataan, seterusnya didakwa akan berlaku tengah hari ini.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di laman Facebook pada Ahad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi memberi bayangan pembubaran Parlimen akab berlaku, cuma tidak dinyatakan bila.

Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang turut menyatakan perkara sama seusai menyempurnakan program di beberapa buah negeri dalam tempoh 40 jam pada Ahad.

Iklan

Beliau akan ke Kuala Lumpur bagi bersiap sedia dengan pembubaran Parlimen hari ini.

Spekulasi pembubaran terus kuat diperkatakan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kali kedua dalam tempoh empat hari bagi menyatakan hasrat tersebut.

Iklan

Memetik laporan sebuah portal berita pula, sumber dalam parti itu memaklumkan kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan pada tengah hari ini.

Oleh itu, sudah pasti ramai yang menantikan apakah yang bakal berlaku pada hari ini. Pihak media semestinya akan memberikan laporan terkini kepada rakyat.

Jadi jika benar Parlimen dibubarkan hari ini, maka pembentangan Bajet 2013 pada Jumaat lalu dikira bagaimana? Hanya sia-sia dan penyedap halwa telinga rakyat semata atau masih boleh diteruskan?

Sama-samalah kita nantikan apa yang akan berlaku nanti. Sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja 'takdir' yang berlaku hari ini.