PSG lega kekal rekod tanpa kalah

Iklan
Ramos (kiri) dilayangkan kad merah pada aksi Ligue 1 PSG menentang Reims pada Ahad. - Foto Agensi

PARIS Saint-Germain (PSG) terselamat daripada tewas apabila beraksi 10 pemain ketika terikat tanpa jaringan dengan Reims dalam saingan Ligue 1 pada Ahad.

Biarpun tanpa tiga mata berharga PSG masih mampu menjarakkan mata dengan Marseille yang kalah mengejut 1-2 di laman sendiri kepada Ajacccio.

Iklan
Iklan

PSG yang dikendalikan Cristophe Galtier memimpin carta dengan 26 mata selepas 10 aksi tanpa kalah, berkelebihan tiga mata di hadapan Marseille.

PSG dan Marseille merehatkan tonggak utama mereka menjelang saingan Liga Juara-Juara (UCL) pertengahan minggu ini dan pertembungan kedua-dua pasukan pada Ahad depan.

Iklan

Marseille gagal menambah jaringan selepas Dimitri Payet meledak gol Ligue 1 ke-100 buat dirinya.

Galtier melakukan lima pertukaran daripada pasukan yang seri 1-1 dengan Benfica di tempat lawan dan skuadnya lebih banyak bertahan namun tetap melancarkan serangan balas.

Iklan

Empat minit sebelum berakhir babak pertama, Ramos menerima kad kuning kedua kerana membantah keputusan pengadil memberikan sepakan percuma kepada Reims.

"Saya sangat kenaI Ramos dan tak yakin kata-katanya itu ditujukan terus kepada pengadil.

"Mungkin pengadil menganggap ia peribadi dan terus mengarahkan Ramos keluar padang," ujar Galtier.