PKR yakin pertahan semua kerusi di Pulau Pinang
Iklan
Anwar (duduk lima dari kiri) bersama pimpinan DAP dalam Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang pada Sabtu.
BUKIT MERTAJAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan mempertahankan kemenangan di semua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan itu dizahirkan melalui sokongan rakyat di peringkat akar umbi selain kerja keras yang dilakukan jentera parti di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Saya yakin kita boleh pertahankan semua kerusi yang dimenangi sebelum ini dan lihat mood sokongan rakyat kepada kita sangat baik
"Ketika ini jentera parti sedang bekerja keras mendekati akar umbi baik di semua pelosok kampung dan bandar," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang di sini pada Sabtu.
Iklan
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH), Anwar bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu ia sedang diusahakan dan beliau hanya memantau sebelum ia dimuktamadkan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pembahagian kerusi PH untuk menghadapi PRU15 sudah selesai dan akan dibawa ke Majlis Presiden pada Rabu ini.
Iklan
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebelum ini berkata, sehingga kini semua negeri sudah selesai kecuali Kedah dan Sabah, namun dijangka dapat diselesaikan menjelang Rabu ini.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com