Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 29 Oktober ini
Iklan
IPOH - Konvensyen Pakatan Harapan (PH) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini pada 29 Oktober ini, kata Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata, konvensyen sehari itu dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta, termasuk beberapa pemimpin utama PH termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.