Perluas program Khatam Tadabbur My #QuranTime ke setiap negeri
Iklan
Razlee (kiri) dan Tarmizi - FOTO ROSLI TALIB.
PUTRAJAYA - Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 diharap akan diperluaskan di setiap negeri dan dibuat secara besar-besaran.
Qari, Razlee Asmat berkata, ia supaya dapat menarik masyarakat mencintai al-Quran seterusnya menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Iklan
Iklan
"Macam Brunei, kita lihat betapa kepimpinan mereka, sultan mereka fokus kepada Islam semata-mata.
"Kita pun Malaysia perlu tunjukkan seperti itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Iklan
Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bertemakan ‘Kerinduan dan Kenangan Terindah Bersama al-Quran’ menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H menjadi platform penyatuan asatizah dan peserta yang datang dari pelbagai latar belakang.
My #QuranTime merupakan program kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta TV Alhijrah sebagai penyiar utama.
Iklan
Program ini adalah kesinambungan Malaysia #QuranTime yang mula diperkenalkan pada 20 Mac 2020 di platform TV Alhijrah dengan tujuan memberi pengisian rohani bagi rakyat Malaysia yang berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.
Sorang lagi qari, Tarmizi Abdul Rahman pula berpandangan, Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 sangat berbeza dengan program-program al-Quran yang pernah disertainya sebelum ini.
"Kenapa saya kata berbeza? Sebab khatam pada kali ini bukan hanya kepada bacaan tetapi ada satu lagi iaitu khatam bacaan dan kefahamaan, iaitu tadabbur.
"Sebenarnya, itu satu suasana khatam yang sangat bernilai dan berharga sepanjang lebih 20 tahun saya dalam bidang al-Quran.
"Saya berasa sangat bersyukur (menyertai program hari ini),” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Malaysia #QuranHour 2026 himpun 500 peserta Rumah Ngaji Perak"><meta itemprop="description" content="Malaysia #QuranHour 2026 himpun 500 peserta Rumah Ngaji Perak
Program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat pada Khamis berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada seluruh jaringan Rumah Ngaji di negeri ini.
Program anjuran bersama Rumah Ngaji Perak dan Rumah Ngaji Masjid Al Hidayah itu menampilkan pengisian tadabbur al-Quran yang disampaikan Pensyarah Kanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Mohd Shafiq Sahimi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793725/khas/quranhour/malaysia-quranhour-2026-himpun-500-peserta-rumah-ngaji-perak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MalaysiaQuranHour2026 #RumahNgajiPerak"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-28T01:10:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb1fjmm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb1fjmm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb1fjmm"></script>