RM28 juta untuk laksana tiga projek kuarters Jabatan Penjara

Iklan
Sebanyak RM28 juta diperuntukkan bagi meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara pada tahun hadapan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sebanyak RM28 juta diperuntukkan bagi meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan itu antaranya melibatkan Pusat Koreksional Labuan dan Akademi Koreksional Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kerajaan juga akan menaik taraf fasiliti di lima penjara antaranya Penjara Seremban, Negeri Sembilan dengan peruntukan sebanyak RM18 juta," katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen pada Jumaat.

Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan akan memastikan supaya kebajikan pasukan beruniform tanah air dan para pesara akan terus dipelihara.

Iklan

Ujar beliau, antara inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan termasuk peruntukan sebanyak RM118 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).

"Kerajaan bercadang untuk membina RKAT baharu pelbagai kelas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang selain 12 projek pembinaan RKAT yang sedang berjalan.

Iklan

"Sejumlah RM42 juta juga akan disediakan bagi membaik pulih dan menaik taraf kuarters kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pemberian 50 peratus diskaun ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) turut disediakan kepada 21,000 pemegang kad veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kad pesara polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang,” tambah Tengku Zafrul.