Wanita jadi 'tokan' di Lembah Klang diberkas

Iklan
Mohd Zaid

KAJANG - Kegiatan seorang wanita mengedar dadah memakan diri selepas diberkas polis di Seksyen 5, Semenyih di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 4.15 petang di kawasan parkir.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemeriksaan dalam kenderaan dipandu wanita itu menjumpai dua peket dadah jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira RM5,150.

"Dipercayai wanita itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sumber dadah itu diperoleh selain individu lain yang terlibat dengan suspek.

Katanya, suspek kini direman lima hari sehingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Iklan

Tambahnya, orang awam diminta untuk bekerjasama dalam menyalurkan maklumat kepada pihak IPD Kajang di talian 03-89114222 berkaitan sebarang dadah atau jenayah di dalam daerah ini khususnya.