Sibuk bekerja tidak jadi halangan
Iklan
Mahani (kiri) dan laporan Sinar Harian mengenai program My #QuranTime.
SHAH ALAM - Kesibukan bekerja bukan halangan untuk umat Islam di negara ini menyertai atau mengikuti setiap program My #QuranTime yang dianjurkan.
Salah seorang peserta, Mahani Mohamed, 57, berkata, dia tidak pernah ketinggalan menyertai program berkenaan pada dua tahun lalu walaupun ketika itu masih bekerja.
Iklan
Iklan
Selain itu, dia juga mengikuti semua kelas-kelas yang disediakan secara dalam talian.
"Andai kata kita tertinggal kelas, boleh lihat semula rakaman melalui pelbagai platform media,” kata pesara ahli geologi itu kepada Sinar Harian pada Rabu.
Iklan
Mahani yang berasal dari Kajang berkata, dia juga tidak sabar untuk menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang bakal berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Sabtu ini.
Menurutnya, perkongsian sepanjang penyertaan dalam program tersebut banyak memberi manfaat dan perubahan kepada dirinya.
Iklan
"Signifikasi My #QuranTime ini bagi saya satu program yang dapat memberi ilmu mengenai al-Quran. Sebelum ini kita hanya membaca tetapi tidak tahu apa maksud dalam setiap ayat.
"Bila ada program seperti ini, kita tambahkan lagi pengetahuan, selain membaca tafsir dan tadabbur al-Quran.
"Cuma baca, faham dan amal. Kita faham dan gunakan pemahaman tersebut untuk kebaikan kehidupan seharian,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran"><meta itemprop="description" content="MQH: ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’, seru masyarakat kembali kepada al-Quran
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #MQH2026 #MAIK #Quranhour2026 #bingkasmenujuMalaysiaSejahtera"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-19T09:39:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaz0ice"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaz0ice"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaz0ice"></script>