Kontinjen UiTM Selangor juara KARiSMA 2022

Iklan
Kontinjen UiTM Selangor meraikan kejayaan menjuarai KARiSMA 2022.

KONTINJEN Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Selangor muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) 2022 selepas mengutip 18 pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa.

Naib juara pula milik UiTM Shah Alam dengan 10 emas, 10 perak dan 9 gangsa, manakala tempat ketiga diraih UiTM Cawangan Negeri Sembilan dengan 7 emas, 3 perak dan 12 gangsa.

Iklan
Iklan

Menurut Pegawai Sukan Kanan Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UITM), Shahrin Ismail, sebanyak 14 kampus UiTM mengambil bahagian dalam karnival di UiTM Shah Alam yang bermula dari 28 September hingga 4 Oktober itu.

Katanya, seramai 3,040 atlet dan pegawai serta sukarelawan telah berkampung di UiTM Shah Alam sepanjang temasya tersebut berlangsung

Iklan

"Kejohanan anjuran Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam bertujuan untuk memberi impak kepada matlamat program universiti dalam menyokong Sustainable Development Goal, iaitu 'Good Health and Wellbeing'.

"Ia selaras usaha UiTM mempromosikan gaya hidup sihat dan sejahtera melalui penganjuran program sukan kepada warga kampus di samping itu KARiSMA bertujuan memilih pelapis baharu mewakili UiTM ke kejohanan peringkat universiti kebangsaan dan antarabangsa," katanya pada Selasa.

Sebahagian kontinjen UiTM Cawangan Selangor, Shah Alam dan Negeri Sembilan bergambar meraikan kejayaan masing-masing di KARiSMA 2022.

Iklan

Acara ibu segala pingat emas menyaksikan UiTM Cawangan Selangor menewaskan UiTM Shah Alam 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, tempat ketiga milik bersama UiTM Pahang dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 14 acara sukan dipertandingkan melibatkan bola sepak, bola baling, bola jaring, ping pong, bowling padang, bola tampar, catur, badminton, sepak takraw, petanque, tenis, futsal, bola keranjang dan hoki.

Sementara itu, majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr Mohd Sazili Shahibi di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam.

Hadir sama Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Shahsuzan Zakaria, Rektor-Rektor dan timbalan Rektor HEP kampus cawangan.

Turut hadir Pengarah Pusat Sukan, Ahmad Tarmizy Mohamed serta ketua-ketua unit sukan cawangan.

Untuk rekod KARiSMA 2023 akan berlangsung di UiTM Cawangan Pulau Pinang.