Jumlah mangsa banjir di Johor menurun
Iklan
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia melakukan pemantauan banjir di sekitar Kampung Sri Gambut, Pekan Nanas, Pontian.
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir kilat di Johor turun kepada 74 orang setakat jam empat petang pada Selasa, berbanding 114 orang yang direkodkan pada sebelah tengah hari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsan (SK) Sri Kampung Renggam, Kluang ditutup pada 2 petang.
Iklan
Iklan
Terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah terjejas iaitu Kluang dan Pontian.
"Di Kluang, seramai 42 mangsa daripada 11 keluarga masih berlindung di SK Sungai Linau.
Iklan
"Sementara di Pontian, seramai 32 mangsa daripada 10 keluarga masih ditempatkan di SK Melayu Raya.
"Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Iklan
Katanya, kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam pada sebelah pagi, Ahad lalu menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.
"Berdasarkan imej radar cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi pada jam 1.50 tengah hari pada Selasa, lapan daerah diberi amaran ribut petir iaitu Tangkak, Muar, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>