SPRM siasat dakwaan kes curi nadir bumi di Kedah
Iklan
Shaharom Nizam
ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mengesahkan sedang melakukan siasatan awal berhubung dakwaan berlaku kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.
Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya mengambil inisiatif menjalankan siasatan awal bagi mengesahkan sama ada terdapat isu pelanggaran undang-undang berkaitan bawah bidang kuasa SPRM.
Iklan
Iklan
Menurutnya, anggota penguat kuasa SPRM telah pun meninjau lokasi yang didakwa berlakunya operasi mengeluarkan REE di kawasan terlibat, namun butirannya tidak dapat didedahkan buat masa ini.
"SPRM jalankan siasatan awal terlebih dahulu untuk kenal pasti sama ada berlaku pelanggaran undang-undang berkaitan.
Iklan
"Bagaimanapun ia masih di peringkat awal siasatan. Siasatan lanjut akan dilakukan sekiranya didapati wujud unsur kesalahan bawah undang-undang SPRM," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.
Shaharom Nizam berkata, pihaknya turut mengambil sampel tanah galian di kawasan berkenaan untuk siasatan lanjut.
Iklan
Dalam pada itu, beliau mengesahkan menerima aduan daripada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah yang juga kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah berhubung kecurian REE yang didakwa berlaku di Bukit Enggang sejak dua tahun lalu.
"Aduan rasmi terbabit dilakukan oleh ADUN Pengkalan Kundor, Datuk Dr Ismail Salleh dan ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris pada Selasa.
"SPRM akan ambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Menurutnya, aduan berkenaan yang dilaporkan secara umum mendakwa kemungkinan beberapa agensi atau jabatan kerajaan terlibat dengan rasuah sehingga membenarkan pengambilan bahan galian secara haram.
"Kita terima aduan terbabit dan saya sahkan siasatan awal telah pun bermula lebih awal," katanya lagi.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.