[VIDEO] Gempa bumi kuat landa barat Indonesia

Iklan
Gambar hiasan

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Sumatera Utara Indonesia pada pagi Sabtu, menurut pihak berkuasa.

Gempa berlaku pada jam 2.28 pagi waktu Jakarta (1928 GMT Jumaat) dengan pusat gempa berada 15 kilometer (km) barat laut daerah Tapanuli Utara dan kedalaman 10 km, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.

Iklan
Iklan

Dua gegaran susulan turut direkodkan masing-masing berukuran 5.1 dan 5.0 pada skala Richter, namun tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kematian, termasuk di kawasan paling terjejas teruk di daerah Tapanuli Utara, kata Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Pulau Nias wilayah Sumatera Utara, Agus Wibisono kepada Xinhua.

Iklan

Gegaran turut dirasai di kawasan berhampiran di wilayah Aceh, menurut agensi itu. - Bernama

Iklan