Polis nafi kes culik sering berlaku di BBU, Taman Perling

Iklan
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Polis menafikan seorang murid sekolah tadika di Bandar Baru Uda di sini diculik seperti yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superitendan Fariz Ammar Abdullah turut menafikan dakwaan kes penculikan sering berlaku di Bandar Baru Uda dan Taman Perling di sini seperti yang dihebohkan ketika ini.

Iklan
Iklan

Tegas beliau, bagi memastikan kesahihan dakwaan tersebut, pihak polis sudah melakukan siasatan ke lokasi terbabit termasuk menemubual beberapa individu berkaitan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan berkenaan mesej yang tular itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Fariz Ammar menasihatkan orang ramai untuk tidak mudah percaya mesej tular yang boleh mengganggu keamanan dan ketenteraman awam.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

Iklan

"Mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.