BKM untuk keperluan harian

Iklan

Penerima guna wang bantuan beli barang dapur

Melalui Bajet 2022, lebih 8 juta rakyat Malaysia menerima manfaat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang menyaksikan golongan B40 menjadi antara penerima utama yang menikmati pelbagai bantuan oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

Bantuan ini demi bagi memastikan tempoh pemulihan pasca pandemik untuk kumpulan ini disokong dengan baik.

Pembayaran BKM, Fasa 3 mula dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 20 September secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September ini.

Iklan

Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada termasuk mereka yang telah lulus rayuan BKM.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, golongan penerima menggunakan wang BKM bagi membeli barangan keperluan harian dan rumah.

Iklan

MUHAMMAD SHAHBUDIN


"Wang BKM ini kebanyakan saya gunakan sebagai wang tambahan untuk keperluan harian saya.” - Pegawai Khidmat Pelanggan, Muhammad Shahbudin Ali Wong, 32.

YUSOF


"Saya gunakan untuk membeli barang-barang keperluan dapur termasuk digunakan untuk membeli keperluan sekolah anak-anak,” - Jurugambar, Yusof Mohamad, 35.

MOHAMAD RIZUAN


"Wang BKM saya guna untuk beli barang dapur dan lain-lain keperluan harian. Terima kasih kepada kerajaan atas bantuan ini.” - Eksekutif Pentadbiran, Mohamad Rizuan Kussarin, 33.

SYAFIK AIMAN


"Selain untuk barangan harian, wang ini digunakan untuk keperluan lain seperti mengisi minyak kenderaan dan tol.” - Pereka Grafik, Shafik Aiman Shukri, 33.

NUR SYAZWANA


"Wang BKM yang diterima saya akan buat belanja harian dan membeli barang-barang keperluan dapur.” - Peniaga, Nur Syazwana Mansor, 31.

AISHAH


"BKM ini saya akan gunakan sebagai perbelanjaan harian termasuk minyak kenderaan dan membayar tol.” - Peniaga, Aishah Ismail, 27.