Tiga pelatih Kor Suksis UMK terima anugerah

Iklan
Vignesh (kiri), Sahara dan Nur Azrin menerima Anugerah Pelatih Terbaik sempena Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Zon Timur 2022. - Foto UMK

KOTA BHARU - Tiga pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima Anugerah Pelatih Terbaik sempena Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Zon Timur 2022.

Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan Kor Suksis UMK diterima Inspektor KS Sahara Mohd Jalil dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP), Inspektor KS Vignesh Kalaiselvan (Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Luar) Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) dan Inspektor KS Nur Azrin Abdul Aziz (Anugerah Pelatih Terbaik Latihan Akademik) dari Fakulti Hospitaliti Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK).

Iklan
Iklan

Ketiga-tiga anugerah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Aidi Ismail di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan pada Sabtu lalu.

Menurut Komandan Kor Suksis, Asisten Komisioner KS Prof Ts Dr Arham Abdullah, majlis tersebut disertai 324 pelatih Kor Suksis daripada UMK, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Iklan

"Seramai 65 pelatih Kor Suksis UMK berjaya menamatkan latihan selama tiga tahun dan ditauliahkan sebagai Inspektor KS.

"Mereka melengkapkan enam semester atau 672 jam sesi pembelajaran berpandukan modul latihan dan penerapan kemahiran insaniah yang tinggi modul menerusi Modul Latihan Kawad, Modul Latihan Senjata, Modul Kursus Asas Pasukan Gerakan Am serta Modul Program Khidmat Masyarakat, Pegawai-Pegawai Kor Suksis,” katanya.

Aidi (tengah) memeriksa perbarisan Tamat Latihan dan Pentauliahan Inspektor Kor Suksis Universiti Awam Zon Timur 2022. - Foto UMK

Iklan

Dalam perkembangan lain, seramai 43 staf dari Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) UMK menerima pengikitirafan Anugerah Gemilang FKP 2021 atas khidmat cemerlang, integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam memastikan visi serta misi universiti itu tercapai.

Sementara itu, UMK turut menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara tiga buah universiti awam (UA) di Malaysia iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) secara dalam talian.

MOA dibuat menerusi program Geran Padanan Penyelidikan (CRG) bernilai RM40,000 selama setahun bagi perkongsian kepakaran dalam memenuhi keperluan industri dan akademik.