Perlu bijak urus sisa pepejal: Exco
Iklan
Kok Seong (tengah) turut menyokong usaha program Zecomm.
SEREMBAN - Masyarakat disaran lebih peka terhadap pengurusan sisa pepejal dalam usaha memastikan negeri ini bersih, selain bahan buangan tersebut boleh ditukar menjadi barangan bernilai.
Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, kerajaan melalui SWcorp sentiasa fokus dalam mendidik rakyat menguruskan sisa pepejal dengan betul.
Iklan
Iklan
"Untuk mencapai usaha ini, masyarakat perlu beri perhatian terhadap perubahan minda agar sisa ini dapat diuruskan dengan sistematik dan mampan.
"Sisa ini boleh dikitar semula sekali gus dapat mengurangkan masalah berkaitan kebersihan sehingga menjejaskan kesihatan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pusat Inisiatif Komuniti Sifar Sisa (Zecomm) di Rumah Pangsa Senawang 1, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Mohammad Diah Wahari dan Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Nordin Amat.
Iklan
Kok Seong berkata, bagi tempoh Disember 2018 hingga Mac 2019 sebanyak 508.5kg sisa makanan dan 755.75kg sisa kitar semula dihantar ke Zecomm di sini.
"Saya berharap usaha ini diperluaskan di semua perumahan bertingkat untuk mewujudkan penduduk yang bijak, menjaga kebersihan dan sentiasa peka terhadap sisa yang dihasilkan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>