Johor nafi cuti Khamis ini
Iklan
Kenyataan dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menafikan kenyataan yang tular melalui aplikasi WhatsApp berhubung cuti peristiwa pada Khamis ini atas kejayaan kontinjen negeri menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) MSN baru -baru ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam kenyataan pada Selasa, kesal atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu tersebut.
Iklan
Iklan
"Tular di satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp menyatakan Kerajaan Negeri Johor akan memberikan cuti peristiwa pada 29 September 2022 atas kejayaan kontinjen Johor menjuarai Sukma baru-baru ini.
"Pentadbiran ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan dan telah tular tersebut.
Iklan
"Pentadbiran ini juga kesal atas tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu sehingga menyebabkan kekeliruan kepada orang awam," katanya.
Pada Sabtu lalu, kontinjen Johor melabuh tirai Sukma MSN 2022 sebagai juara keseluruhan buat kali pertama sepanjang penyertaan di temasya dwi tahunan tersebut.
Iklan
Kuasa sukan baharu dari selatan tanah air itu mengungguli temasya edisi ke-20 dengan mengutip 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sisa binaan Singapura cemari sungai: Nak dapat RM20 pun susah - Nelayan"><meta itemprop="description" content="Pendapatan nelayan di Kampung Simpang Kiri, Mukim Sungai Karang di Pontian semakin terjejas apabila hasil udang di sungai berkenaan merosot susulan pencemaran dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa binaan Singapura.
Keadaan itu didakwa semakin ketara ketika musim hujan apabila air sungai bertukar hitam, berbau busuk dan alirannya menjadi semakin tersekat akibat sungai yang semakin cetek dan sempit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793172/edisi/johor/sisa-binaan-singapura-cemari-sungai-nak-dapat-rm20-pun-susah---nelayan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sisabinaan #singapura #Sungaitercemar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-23T09:02:50.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xazxym6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xazxym6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xazxym6"></script>