Rumah adik Ridzuan Hashim terbakar

Iklan
Api marak ketika anggota Bomba dan Penyelamat tiba ke lokasi.

HULU LANGAT – Rumah adik kepada pelakon Ridzuan Hashim di Jalan Hulu Langat Batu 17, Kampung Dusun Tua, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 5.34 petang.

"Seramai 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn, Kajang dan Ampang bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.